Keluaran dan sambutan Strawberi_Cinta

Strawberi Cinta dikeluarkan pada 6 Disember 2012 di pawagam seluruh Malaysia, ia merupakan kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM0.59 juta. Slogan filem ini ialah Tanya Sama Hati, Ada Rasa Cinta.

Yana Yassin dalam ulasannya berkata beliau tertarik dengan gandingan Pierre dan Yana, sambil mengulas: "Filem yang boleh di tonton, dengan pengajaran di sebaliknya jangan serkap jarang, nanti menyesal."[5]